Ketika acara Nintendo Direct awal pagi ini, Nintendo akhirnya mengumumkan watak DLC seterusnya buat permainan perlawanan Super Smash Bros. Ultimate, iaitu Terry Bogard.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan watak Terry Bogard, beliau merupakan watak pelawan dari siri permainan Fatal Fury dan King Of Fighters yang sangat terkenal oleh SNK.

Buat masa ini, tarikh pelancaran watak DLC tersebut disahkan bakal tiba pada November ini dan bagi anda yang berminat, ianya boleh dibeli secara berasingan ataupun melalui pas musim Fighter Pass dengan harga bermula $24.99(~RM106).

Dari segi informasi lanjut termasuklah bentuk permainan watak Terry Bogard, Nintendo masih belum berkongsinya.

Menariknya sekali, Nintendo juga mengesahkan bahawa mereka kini akan membawa lebih banyak watak DLC baharu buat permainan tersebut yang mana sebelum ini mereka mengesahkan bahawa hanya akan terdapat 5 sahaja DLC watak.

Ini sekaligus membuka lebih banyak watak-watak baharu yang bakal tiba buat permainan tersebut. Namun, Nintendo juga mengesahkan bahawa watak-watak selain daripada 5 watak yang diumumkan sebelum ini tidak akan disertakan melalui pas musim Fighter Pass.

Selain itu, watak DLC yang diumumkan sebelum ini iaitu Banjo & Kazooie akhirnya mendapat tarikh pelancaran secara rasmi iaitu mereka boleh dimainkan secara rasmi bermula hari ini.

Semestinya watak tersebut adalah sebahagian daripada watak pas musim permainan tersebut dan bersempena dengannya, Masahiro Sakurai iaitu pengarah buat permainan tersebut juga berkongsi video khas yang memperlihatkan kemahiran-kemahiran dan bentuk permainan buat watak tersebut.

Selain itu, Masahiro Sakurai juga memperlihatkan kemaskini 5.0 buat permainan tersebut yang dilancarkan bersama di mana ianya menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti mod Home Run Contest yang mana kini kembali dan beberapa keseimbangan permainan lain.

Selain itu, Nintendo juga mengumumkan sebilangan kostum-kotum tambahan baharu buat permainan Super Smash Bros. Ultimate melalui watai Mii Fighters yang mana terdiri daripada pelbagai francais permainan seperti Mega Man dengan kostum Proto Man, Zero dan sebagainya. Menariknya, watak Sans dari Undertale juga tiba sebagai kostum baharu buat watak Mii Fighter.

Super Smash Bros. Ultimate telah pun dilancarkan tahun lepas khas di konsol Switch.

Sohor Kini