Skip to main content

Sebelum ini, Game Freaks mengacahkan permainan Town ketika acara Nintendo Direct tahun lepas di mana ianya adalah permaina RPG baharu oleh mereka.

Terkini, ketika acara Nintendo Direct yang berlangsung awal pagi ini, mereka akhirnya mengumumkan permainan tersebut secara rasmi iaitu Little Town Hero di mana ianya akan dilancarkan di konsol Switch menjelang 16 Oktober 2019 ini.

Little Town Here merupakan permainan RPG di mana pemain akan bermain sebagai seorang kanak-kanak lelaki bernama Axe dan bertempur dengan raksasa-raksasa yang cuma menyerang perkampungan pemain.

Melalui permainan ini, ianya memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan dengan elemen strategi yang sangat mendalam. Ini sekaligus memberi bentuk permainan yang sangat mendalam di samping bentuk taktikal buat pemain untuk mempertahan perkampungan tersebut.

Menariknya, muzik latar permainan ini juga dihasilkan oleh Toby Fox iaitu komposer daripada permainan Undertale.

Bagi anda yang berminat, Little Town Hero sudah pun boleh dipra-tempah dengan harga $24.99(~~RM106) melalui Nintendo eShop.

Leave a Reply