Tahun lepas, kami melaporkan yang Larian Studio mengatakan permainan RPG mereka iaitu Divinity: Original Sin 2 sedang dibangunkan untuk Switch, hari ini melalui Nintendo Direct, ia akhirnya diumumkan secara rasmi dan menariknya ia boleh didapati bermula hari ini.

Versi yang dikeluarkan untuk Switch adalah Definitive Edition, ia akan menyertakan kesemua DLC, yang sudah keluar dan juga yang akan datang. Bagi pemain yang sudah bermain di PC, anda boleh menggunakan fail simpanan yang sama, untuk terus bermain di Switch.

Permainan ini menyokong multi-pemain, iaitu 2 orang secara setempat (split-screen) dan 4 orang secara dalam talian. Jika anda berminat, ia boleh didapati di eShop dengan harga $49.99(~RM209).

Sohor Kini