Skip to main content

Ketika acara Nintedo Direct hari ini, 3909 mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Return Of The Obra Dinn ke konsol Switch menjelang suku ke-empat tahun ini. Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Steam dan mendapat ulasan yang sangat baik di kalangan pemain.

Return Of Obra Dinn merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan bentuk visual monokrom yang mana anda akan menyiasat misteri kapal terbiar dengan menjelajah saat-saat kematian ahli-ahli kapal tersebut dengan bergerak menerusi masa silam.

Semestinya ianya adalah satu konsep permainan yang sangat menarik dan kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut setelah tarikh pelancarannya diumumkan.

Leave a Reply