Informasi Permainan Video Terkini
Trials Of Mana Disahkan Bakal Tiba Pada April 2020 Ini Di Playstation 4, Switch Dan PC

Trials Of Mana Disahkan Bakal Tiba Pada April 2020 Ini Di Playstation 4, Switch Dan PC

Diterbitkan pada Sep 5, 2019 oleh .

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Square-Enix akan melancarkan permainan olahan semula buat Seiken Densetsu 3 dengan nama rasmi baharu iaitu Trials Of Mana di konsol Playstation 4, Switch dan juga PC.

Terkini ketika acara Nintendo Direct, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu ia bakal tiba pada 24 April 2020 ini.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Trials Of Mana merupakan permainan olahan semula dengan visual grafik baharu seperti mana yang Square-Enix lancarkan sebelum ini buat permainan Secret Of Mana.

Trials Of Mana akan memfokuskan enam watak di mana mereka perlu menyelematkan dunia di mana kuasa Mana telah berkurang. Keenam-enam watak tersebut mempunyai penceritaan tersendiri dan bersama-sama dengan kemahiran mereka tersendiri.

Bagi anda yang berminat, pastikan anda mendapatkannya menjelang tahun hadapan.


TIPS & ULASAN