Skip to main content

Ketika acara Nintendo Direct yang berlangsung pagi ini, Nintendo juga mengumumkan permainan baharu berdasarkan siri Kirby iaitu Super Kirby Clash yang mana ianya adalah permainan berbentuk percuma khas di konsol Switch.

Ianya memfokuskan bentuk multi-pemain sama ada secara atas-talian ataupun luar-talian yang mana satu hingga empat pemain boleh bermain secara koperasi untuk menewaskan pelbagai jenis musuh.

Menariknya, permainan ini juga menyertakan pelbagai bentuk kelas watak terdiri daripada Sword Hero, Hammer Lord, Beam Mage dan Doctor Healmore di mana setiap satunya mempunyai kemahiran tersendiri. Pemain juga berupaya untuk mengubah-suai watak mereka dengan pelbagai bentuk pengubah-suian kostum.

Kami percaya permainan ini juga akan menyertakan beberapa kandungan mikro-transaksi, memandangkan ianya adalah permainan percuma. Meskipun begitu, anda boleh mencubanya sekarang dan memuat-turunnya melalui Nintendo eShop.

Leave a Reply