Lanjutan daripada laporan kami sebelum ini yang mengatakan mod multi-pemain untuk Cyberpunk 2077 masih di-peringkat kajian, CD Projekt Red hari ini mengesahkan yang ia sedang dibangunkan dan mereka membuka peluang pekerjaan khusus untuk pembangunan tersebut.

Namun, buat masa ini mereka merancang untuk mengeluarkan terlebih dahulu Cyberpunk 2077 pada April tahun hadapan, kemudian menyertakan kandungan tambahan secara percuma dan selepas itu baru mereka akan memfokuskan mod multi-pemain.
Dengan kejayaan GTA Online yang dikeluarkan bersama dengan GTA V, bukan sesuatu perkara yang mengejutkan untuk pembangun-pembangun lain mencuba perkara yang sama. Apa yang penting, CDPR akan terus memfokuskan mod permainan solo terlebih dahulu.
Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 16 April 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.