Informasi Permainan Video Terkini
Acara Penstriman Nintendo Direct Bakal Berlangsung Awal Pagi Esok

Acara Penstriman Nintendo Direct Bakal Berlangsung Awal Pagi Esok

Diterbitkan pada Sep 4, 2019 oleh .

Nintendo minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu lagi acara penstriman Nintendo Direct pada awal pagi esok. Menurut mereka, acara tersebut akan memfokuskan permainan-permainan di konsol Switch buat tahun ini termasuklah permainan Luigi’ Mansion 3 dan Pokemon Sword dan Shield.

Bagi anda yang berminat, penstriman tersebut boleh ditonton melalui saluran rasmi Youtube Nintendo di bawah, pada jam 6 pagi, 5 September 2019.

Seperti biasa kami di Aksiz pasti akan mengemaskini sebarang pengumuman oleh Nintendo setelah ianya diumumkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN