Skip to main content

Awal hari ini, Bandai Namco akhirnya melancarkan demo buat permainan Code Vein secara rasmi yang mana anda boleh mencuba sebahagian awal permainan tersebut disamping menghasilkan watak anda sendiri.

Bersempena dengan demo tersebut, Bandai Namco SEA juga hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu pertandingan khas reka watak di dalam demo permainan Code Vein yang mana mereka akan menyedia sebilangan hadiah menarik berdasarkan permainan Code Vein tersebut.

Pertandingan tersebut akan berlangsung di Facebook Rasmi Bandai Namco SEA, bermula 3 hingga 22 September ini. Untuk menyertai, anda hanyalah perlu menghantar papan skrin rekaan watak anda di dalam demo permainan tersebut di ruangan komen di Facebook di atas. Menurut mereka, pemenang akan diumumkan pada 27 September 2019 ini iaitu hari pelancaran permainan tersebut.

Terdapat 3 hadiah yang disediakan iaitu:

  • Tempat Pertama
    • Permainan Code Vein edisi biasa
    • Papan seni eksklusif Mia dan Louis yang ditandatangan oleh penerbit Code Vein, Keita Iizuka
    • Bandana Eksklusif Code Vein
    • Set pelekat Io dan Eva
    • Beg bertali Code Vein
    • Lakaran watak rekaan yang dimenangi
  • Tempat Kedua dan Ketiga
    • Papan seni eksklusif Mia dan Louis yang ditandatangan oleh penerbit Code Vein, Keita Iizuka
    • Bandana Eksklusif Code Vein
    • Set pelekat Io dan Eva
    • Beg bertali Code Vein

Bagi anda yang ingin mendapatkan sebilangan hadiah tersebut, pastikan anda mencuba demo Code Vein hari ini dan menghantar rekaan watak terbaik.

Code Vein akan dilancarkan pada 27 September 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply