Skip to main content

Bagi anda yang mengikuti pelakon dan juga ahli gusti terkenal, Dave Bautista sememangnya sebelum ini sering menyatakan hasrat beliau untuk berlakon sebagai salah seorang watak di dalam filem Gears Of Wars.

Terkini, tampaknya hasrat beliau hampir tercapai di mana Microsoft dan juga beliau sendiri mengumumkan bahawa Dave Bautista sendiri akan tiba di dalam permainan akan datang Gears 5, sebagai watak yang boleh dimainkan di dalam mod multi-pemain. Menariknya, bersempena dengan acara kolaborasi ini, pembangun juga menghasilkan kostum khas berdasarkan kostum Marcus Fenix buat watak Dave Bautista tersebut.

Menurut beliau, watak tersebut boleh dimainkan bermula 15 September 2019 ini melalui acara khas WWE Clash of Champions yang bakal berlangsung pada tarikh yang sama.

Untuk mendapatkan watak tersebut, anda hanya perlu bermain permainan Gears 5 dalam tempoh masa bermula 15 September sehingga 28 Oktober ini untuk menebusnya.

Gears 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 10 September 2019 ini di konsol Xbox One dan juga di PC.

Leave a Reply