Skip to main content

Team 17 minggu ini mengumumkan yang permainan sampingan untuk Yooka-Laylee iaitu Yooka-Laylee and the Impossible Lair yang dibangunkan oleh Playtonic Games akan dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 8 Oktober 2019.

Permainan ini akan memperlihatkan kembalinya Tonics, iaitu ubatan yang boleh diminum untuk mengubah corak permainan. Secara keseluruhan terdapat lebih 60 Tonics yang membolehkan pemain menjadikan permainan lebih menarik antaranya menjadikan penjahat lebih sukar, menjadikan pergerakan lebih pantas dan juga memberi kesan kepada persekitaran.

Pemain yang pra-tempah permainan ini bermula sekarang akan diberikan ‘Trowzer’s Top Tonic Pack’ yang memberikan 4 tonic iaitu Large Head Tonics, Glow Worm tonic, D.I.S.C.O tonic dan Yooka 64.

Buat masa ini ia masis tidak disenaraikan di PS Store Malaysia, manakala untuk Xbox One serta Switch ia dijual dengan harga $29.99(RM126), dan Steam pula dijual dengan harga RM51 untuk pra-tempah ia menerima 10% potongan harga iaitu RM45.90.

Leave a Reply