Skip to main content

Seperti yang kami laporkan bulan lepas, demo Code Vein kini boleh dimuat turun untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Melaluinya pemain akan berupaya untuk mencuba sebahagian daripada permainan tersebut di konsol.

Code Vein merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk pertempuran yang mencabar. Ianya bukan sahaja mempunyai bentuk secara solo, malah bentuk multi-pemain juga diumumkan bakal tiba secara bersama.

Code Vein akan dilancarkan pada 27 September 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

[download]Demo (PS4): Code Vein[/download] [download]Demo (Xbox One): Code Vein[/download]

Leave a Reply