Informasi Permainan Video Terkini
WRC 8 Bakal Menyertakan Kereta Proton Iriz Dan Beberapa Kereta Ikonik Lain
PC

WRC 8 Bakal Menyertakan Kereta Proton Iriz Dan Beberapa Kereta Ikonik Lain

Diterbitkan pada Sep 4, 2019 oleh .

Bigben hari ini mengumumkan yang permainan simulasi perlumbaan rali WRC 8 akan menyertakan pelbagai kereta kegemaran pemain daripada sejarah WRC. Kereta yang disertakan adalah bekas-bekas juara WRC.

6 kereta yang disertakan adalah;

  • Alpine A110
  • Lancia Stratos
  • Ford Escort MkII RS1800
  • Lancia 037
  • Lancia Delta HF Integrale Evolution
  • VW Polo R WRC

Selain itu mereka juga akan menyertakan tiga kereta ikonik iaitu;

  • Lancia Fulvia HF
  • Porsche 911 GT3 RS RGT
  • Proton Iriz R5 (kereta baharu yang akan menyertai WRC 2)

Setiap kereta boleh digunakan di setiap mod perlumbaan yang terdapat di dalam WRC 8. Di dalam mod karier, ia juga akan memberi peluang untuk pemain mengenang kembali perlumbaan lepas.

Lancia Fulvia HF, Lacia Startos, VW Polo WRC 2016 dan Proton Iriz R5 akan hadir apabila pemain dikeluarkan kelak. Lancia 037 dan Porsche 911 GT3 RS RGT hadir sebagai bonus untuk pra-tempah. Alpine A110, Ford Escort MKII 1800 dan Lancia Delta HF Integrale Evoluzione hadir sebagai DLC hari pertama ataupun melalui pek kereta Lengedary.

WRC 8 akan dikeluarkan pada 5 September 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Manakala untuk Switch akan tiba sekitar bulan Oktober 2019.


TIPS & ULASAN