Pokémon Masters telah hadir secara rasmi di iOS dan juga Android pada minggu lepas, dan menurut pengumuman di akaun Twitter untuk permainan tersebut, ia telah dimuat turun lebih 10 juta kali dalam masa 4 hari dikeluarkan.
Jumlah tersebut juga termasuk pemain yang memuat turun semasa sesi percubaan tertutup di beberapa negara. Jika ingin dibandingkan, ia adalah lebih cepat berbanding permainan Pokémon Go yang mencapai 10 juta muat turun selepas 7 hari pada tahun 2016.
Namun, dengan jumlah pengguna peranti pintar semakin bertambah saban tahun, mungkin perbandingan tersebut tidaklah adil, namun ia masih satu pencapaian yang sangat baik untuk permainan baharu berdasarkan Pokémon ini.