Skip to main content

Seperti yang diumumkan oleh Naughty Dog pada Jun lepas, bermula esok, pelayan mutli-pemain untuk Uncharted 2, Uncharted 3 serta The Last of Us dan The Last of Us Left Behind akan ditutup dan tidak lagi boleh diakses, ia adalah untuk versi PS3 sahaja.

Jika anda masih bermain mod multi-pemain untuk mana-mana permainan tersebut anda boleh lakukan sehingga 8 pagi esok, kemudian ia akan ditutup dan mungkin buat selamanya.

Ia agak mendukacitakan akan tetapi permainan-permainan tersebut sudah bertahun-tahun dikeluarkan dan sudah tidak berbaloi untuk mereka meneruskan perbelanjaan untuk memastikan setiap pelayan tersebut berfungsi dengan baik.

Adakah anda masih bermain mod multi-pemain untuk permainan-permainan tersebut?

Leave a Reply