Skip to main content

Awal tahun ini, kami melaporkan permainan Overland akan dilancarkan tahun ini melalui acara Nindies yang mana ianya adalah permainan pertempuran secara turutan yang memfokuskan pertahanan hidup di dalam dunia pasca-apokaliptik.

Terkini, pembangun permainan tersebut iaitu Finji akhirnya mengesahkan bahawa ianya akan dilancarkan pada 19 September 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch. Manakala bagi versi PC pula, ianya akan dilancarkan pada 20 September kelak melalui Steam.

Overland merupakan permainan strategi secara turutan yang memfokuskan secara berkumpulan. Menariknya, permainan ini bertemakan pasca-apokaliptik dan beberapa aspek pertahanan hidup. Menariknya, permainan ini mempunyai pelbagai bentuk pengembaraan terjana sendiri dan pemain perlu lakukan pelbagai pilihan seperti menyelematkan anjing, manusia dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, pastikan anda mendapatkan permainan ini menjelang 19 September ini.

Leave a Reply