Skip to main content

Lebih setahun selepas CD Projekt Red (CDPR) berkongsi 48 minit video demo untuk Cyberpunk 2077, kini mereka hadir dengan satu lagi video demo selama 15 minit.

Video demo kali ini memfokuskan mengenai bagaimana pemain boleh menghasilkan watak mengikut acuan mereka sendiri, pemain boleh menjadi lelaki atau perempuan atau apa-apa di antaranya, menjadi penyerang secara terus ataupun menyelinap.

Sesuatu yang pasti berdasarkan video demo tersebut ia adalah sepenuhnya permainan yang boleh digelar sebagai permainan “role-playing”. Anda boleh menonton video tersebut di bawah.

Namun, satu perkara yang menjadi percakapan adalah mengenai adegan yang di sertakan di dalam permainan ini.

Menurut beberapa laporan, CDPR mengesahkan yang hampir kesemua adegan di dalam Cyberpunk 2077 adalah secara pandangan diri pertama kecuali beberapa adegan kecil seperti watak bangun daripada tidur.

Menurut ketua komuniti global untuk CDPR Marcin Momot, keputusan yang dibuat untuk sepenuhnya menggunakan pandangan diri pertama di ambil oleh pembangun agar ia dapat mengekalkan ‘immersiveness’ permainan ini.

Beberapa pemain sudah mengatakan yang mereka tidak gemar dengan keputusan ini, dan kebanyakannya adalah kerana mereka tidak dapat melihat watak mereka sendiri. Oleh disebabkan barangan kosmetik yang digunakan terasa seperti tidak berguna.

Bagi kami, keputusan tersebut adalah sesuatu yang kita tidak boleh adili tanpa bermain terlebih dahulu permainan tersebut. CDPR yang menghasilkan permainan ini, sudah semestinya mengambil setiap keputusan untuk memastikan ia sebaik yang mungkin.

Ia mungkin satu perkara yang aneh untuk permainan RPG di mana adegan adalah secara pandangan diri pertama, ia juga mungkin akan terasa aneh namun kami juga merasakan ia sesuatu yang unik dan jika dibuat dengan baik akan menjadikan Cyberpunk 2077 berbeza dengan permainan lain.

Tambahan lagi, CDPR menjanjikan Cyberpunk 2077 tidak akan mempunyai skrin pemuatan, ia mungkin sedikit janggal, jika sesi bermain yang terus memasuki adegan berubah menjadi pandangan diri ketiga sedangkan tiada perantaraan di antaranya.

Cyberpunk 2077 di umum akan dikeluarkan untuk PC, Xbox One dan PlayStation 4 pada 16 April 2020.

Bagaimana dengan anda? Adakah ia sesuatu yang penting untuk anda, jika adegan secara pandangan diri pertama ataupun ketiga?

Leave a Reply