Skip to main content

Seperti anda sedia maklum, Square-Enix akan melancarkan DLC baharu buat permainan Kingdom Hearts 3 menjelang tahun ini yang dinamakan Re:Mind.

Buat masa ini, sebarang informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan, namun apa yang pasti ianya akan menyertakan sebilangan kandungan baharu dari segi penceritaan dan juga senjata Keyblade “Oathkeeper” bersama-sama dengan bentuk serangan baharu.

Terkini, Square-Enix menyatakan bahawa mereka akan berkongsi satu video acah baharu khas buat DLC tersebut menjelang Isnin hadapan iaitu pada 9 September 2019, jam 11 malam bagi waktu tempatan.

Seperti biasa, kami di Aksiz pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya menjelang minggu hadapan.

Kingdom Hearts 3 merupakan permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh Square-Enix dan telah pun dilancarkan awal tahun ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Kami sebelum ini telah pun mengulasnya, di mana anda boleh ke pautan di bawah.

Leave a Reply