Setelah sekian lama sejak pengumuman permainan Untitled Goose Game ketika acara Nindies tahun lepas, pembangun permainan tersebut iaitu House House akhirnya mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan pada 20 September 2019 ini di Switch dan juga PC.

Menurut pembangun, ianya akan dilancarkan secara digital melalui Nintendo eShop dan bagi PC dan Mac, ianya bakal tiba di Epic Games Store.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan ini merupakan permainan seakan simulasi di mana pemain akan bermain sebagai seekor angsa dan pemain berupaya untuk membuat kekacauan dengan melakukan sebilangan hura-hara seperti mencuri barangan dan juga merosakkan harta benda awam.

Bagi anda yang berminat untuk membuat huru hara sebagai seekor angsa, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini menjelang bulan hadapan.

Sohor Kini