Informasi Permainan Video Terkini
Borderlands 2 VR Diumumkan Bakal Tiba Di PC
PC

Borderlands 2 VR Diumumkan Bakal Tiba Di PC

Diterbitkan pada Sep 2, 2019 oleh .

Sebelum ini, Gearbox Software melancarkan permainan Borderlands 2 dalam bentuk realiti-maya di konsol Playstation 4 melalui Playstation VR sekitar tahun lepas.

Terkini, Gearbox Software mengumumkan yang mana permainan tersebut akan dilancarkan sekitar tahun ini di PC.

Melalui Borderlands 2 VR, 2K Games akan menyertakan permainan penuh Borderlands 2 yang memfokuskan bentuk permainan secara realiti-maya. Seperti di Playstation VR, pemain juga berupaya untuk memperlahankan masa dan juga memandu kenderaan dalam bentuk pandang pertama sambil menyasar senjata ke arah musuh.

Menariknya, video acah yang diperlihatkan masih lagi menggunakan alat kawalan Playstation Move. Namun kami percaya setelah ianya dilancarkan kelak, Gearbox Software akan mengemaskini visual permainan tersebut.

Akan pasti akan mengemaskini setelah tarikh pelancarannya diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN