Informasi Permainan Video Terkini
5 Permainan Menarik Untuk Bulan September 2019

5 Permainan Menarik Untuk Bulan September 2019

Diterbitkan pada Sep 2, 2019 oleh .

Pengakhiran Ogos kita melihat pelbagai permainan menarik dikeluarkan, momentum tersebut tampaknya akan berterusan pada bulan September ini dengan terdapat pelbagai permainan menarik yang dikeluarkan.

Bagi untuk tidak menjadikan senarai ini terlalu panjang, kami hadkan kepada lima sahaja walaupun kami merasakan untuk bulan ini ia boleh menjadi senarai yang lebih panjang. Berikut adalah 5 permainan menarik untuk bulan September 2019;

Monster Hunter World: Iceborne

Iceborne merupakan kandungan tambahan pertama dan juga terakhir unutk Monster Hunter World. Walaupun ia adalah satu penambahan akan tetapi kandungan yang disertakan layak untuk menjadikan ia adalah satu permainan tersendiri. Bagi anda pemain tegar Monster Hunter World, penambahan ini sudah semestinya satu yang dinantikan. Ia akan tiba pada 6 September 2019 untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Manakala sekitar Januari 2020 untuk PC.

Borderlands 3

Kami diberi peluang untuk mencuba beberapa jam Borderlands 3 dan sudah merasakan ia akan menjadi satu permainan looter shooter yang baik. Anda boleh membacanya di pandang pertama Borderlands 3. Menjanjikan pelbagai penambahan berbanding permainan-permainan sebelum ini, Borderlands 3 adalah satu permainan yang dinantikan bukan sahaja yang mengikuti siri permainan ini tetapi juga pemain-pemain yang baru sahaja ingin mencuba. Borderlands 3 akan dikeluarkan pada 13 September 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

FIFA 20 & eFootball PES 2020

Saban tahun, bulan September merupakan bulan permainan terbaru untuk dua permainan simulasi bola sepak paling popular iaitu FIFA dan PES dikeluarkan. Begitu juga untuk tahun ini. PES 2020 ataupun nama baharu eFootball PES 2020 akan dikeluarkan pada 10 September telah menjanjikan peningkatan kualiti permainan dan juga pelbagai lesen untuk memberi pengalaman bermain yang lebih baik. FIFA 20 pula akan tiba pada 27 September dan menyertakan pelbagai mod baharu termasuk juga Volta iaitu seakan FIFA Street. Jadi apa pilihan anda? Atau kedua-duanya?

Gears 5

Sambungan kepada Gears 4 yang dikeluarkan pada 3 tahun lepas, ia sudah semestinya permainan yang dinantikan. Permainan ini akan memfokuskan kepada watak Kait Diaz berbanding JD Fenix tetapi beliau akan terus hadir sebagai watak yang membantu Diaz untuk menyelamat ibunya. Dibangunkan oleh The Coalition, ia akan tiba pada 10 September 2019 untuk Xbox One dan PC.


Selain permainan yang kami senaraikan di atas, terdapat pelbagai lagi permainan menarik yang hadir pada bulan ini dan kami boleh katakan ia adalah bulan yang sibuk untuk pemain permainan video. Jika anda ingin melihat permainan-permainan lain yang akan tiba bulan ini, anda boleh rujuk kalendar yang kami lampirkan di bawah.


TIPS & ULASAN