Baru-baru ini kami melaporkan yang No Straight Roads iaitu permainan oleh pembangun dari Malaysia, Metronomik akan dikeluarkan eksklusif di Epic Games Store untuk versi PC.
Hari ini, permainan tersebut telah diseneraikan di Epic Games Store dengan harga yang amat berpatutan iaitu $18.99(~RM80) di Malaysia, harga tersebut adalah hampir 50% lebih murah berbanding harga untuk pasaran lain seperti Amerika Syarikat iaitu $39.99(~RM168).
No Straight Roads akan turut dikeluarkan untuk PlayStation 4, namun semasa penulisan ini penyenaraian masih tidak dikeluarkan. Kami akan kemaskini apabila ia tiba.
Epic Games Store: No Straight Roads