Skip to main content

Minggu lepas, SEGA dan Two Point Studios mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan DLC baharu buat permainan simulasi hospital, Two Point Hospital yang mana ianya menyertakan kandungan makhluk asing buat permainan tersebut melalui DLC “Close Encounters”.

Terkini, mereka mengumumkan pula bahawa permainan tersebut boleh dicuba secara percuma bermula hari ini sehingga 2 September 2019 ini.

Tawaran ini juga adalah bersempena dengan pelancaran DLC baharu tersebut yang mana bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, ianya juga ditawarkan dengan diskaun sebanyak 50%, meletakkan permainan tersebut berharga RM50 sahaja.

Two Point Hospital merupakan permainan simulasi pengurusan hospital yang dibangunkan oleh Two Point Studios. Permainan ini diinspirasikan daripada Theme Hospital yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Buat masa ini ianya hanya tiba di PC dan bagi versi konsol, ia bakal tiba sekitar tahun ini.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba Two Point Hospital, anda boleh ke laman rasmi Steam permainan tersebut.

Leave a Reply