Lanjutan daripada pengumuman permainan Jumanji: The Video Game sebelum ini, Outright Games dan Bandai Namco hari ini akhirnya mempertontonkan bentuk permainan tersebut yang mana ianya kelihatan akan memfokuskan bentuk pengembaraan sehingga 4 pemain.
Seperti filem Jumanji: Welcome To The Jungle yang ditayangkan 2017 lepas, permainan ini sememangnya akan memfokuskan watak-watak daripada filem tersebut, termasuklah rekaan watak seakan watak asal.
Permainan tersebut juga kelihatan mempunyai sebilangan tekaria yang akan pemain perlu tempuhi bersama-sama dengan pertempuran dengan pelbagai jenis musuh yang terdiri daripada manusia, binatang dan sebagainya.
Menariknya, sebelum ini permainan ini diumumkan bakal tiba pada 15 November ini, namun kini tampaknya pelancarannya diawalkan iaitu ia bakal tiba pada 8 November 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.