Secara mengejutnya, Bandai Namco hari ini mempertontonkan satu video acah khas yang memperlihatkan permainan baharu berdasarkan filem Ice Age iaitu Ice Age: Scrat’s Nutty Adventure.
Menurut Bandai Namco, ianya akan dilancarkan 18 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.
Berdasarkan video acah yang diperlihatkan di atas, permainan tersebut kelihatan akan memfokuskan bentuk platformer 3 dimensi yang mana pemain akan bermain sebagai Scrat dan perlu mengembara di dunia Ice Age, disamping menyelesaikan sebilangan tekaria dan juga bertempur dengan pelbagai jenis musuh.
Semestinya pengumuman ini agak mengejutkan memandang mereka sebelum ini tidak langsung mengacahkannya langsung. Dari segi pembangunan, permainan tersebut tampaknya dibangunkan oleh Outright Games, di mana mereka juga adalah pembangun untuk permainan Jumanji yang diumumkan sebelum ini.
Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, pastikan anda menandakannya di kalendar anda menejlang Oktober ini.