Skip to main content

Bermula hari ini sehingga 1 September ini, anda berupaya untuk mendapatkan permainan perlumbaan Dirt Rally secara percuma melalui Humble Bundle Store.

Semestinya, kod yang diberi oleh Humble Bundle tersebut, boleh tebuskan di Steam dan menurut mereka, kod tersebut perlu ditebus sebelum 5 September 2019 ini.

Untuk mendapatkan permainan tersebut, anda hanyalah perlu melanggan surat berita Humble Bundle sahaja di mana kami menyediakan pautannya di bawah.

Dirt Rally merupakan permainan perlumbaan rali yang dibangunkan oleh Codemaster. Ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One, Playstation 4 dan juga di PC. Sebelum ini, Codemasters juga melancarkan permainan kedua buat siri ini iaitu Dirt Rally 2.0.

[download] Humble Bundle Store: Dirt Rally [/download]

Leave a Reply