Skip to main content

Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan September ini yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One dan dua permainan Xbox 360.

Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:

  • Hitman: The Complete First Season – Boleh ditebus dari 1 hingga 30 September
  • We Were Here – Boleh ditebus dari 16 September hingga 15 Oktober
  • Earth Defense Force 2025– Boleh ditebus dari 1 hingga 15 September
  • Tekken Tag Tournament 2 – Boleh ditebus dari 16 hingga 31 September

Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan Xbox Game Pass, melalui Xbox Game Pass Ultimate yang diumumkan sebelum ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang September ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan Ogos, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.

Leave a Reply