Epic Games kini akhirnya melancarkan tawaran permainan percuma bagi minggu ini melalui Epic Games Store di mana bermula hari ini sehingga 5 September ini, anda boleh dapatkan permainan Celesete dan Inside secara percuma.
Celeste merupakan permainan platformer yang dibangunkan oleh Matt Makes Games, di mana kami sebelum ini telah pun mengulasnya. Permainan ini juga mendapat sambutan baik di kalangan pemain di mana ianya bukan sahaja meneroka bentuk penceritaan yang menarik malah rekaan peringkat permainan yang mengasyikkan.
Inside pula merupakan permainan oleh Playdead di mana mereka sebelum ini terkenal dengan permainan Limbo. Melalui Inside, pemain akan bermain sebagai seorang kanak-kanak lelaki dan mengembara di dalam dunia yang monokromatik. Permainan ini juga mendapat sambutan yang baik di kalangan pemain.
Semestinya dengan tawaran ini, anda boleh memiliki permainan tersebut secara terus jika anda menebusnya minggu ini sahaja. Selain itu, Epic Games Store juga memperlihatkan senarai permainan buat minggu hadapan The End Is Nigh dan Abzu.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.
[download] Epic Games Store: Celeste [/download] [download] Epic Games Store: Inside [/download]