Skip to main content

Apabila Moving Out diperlihatkan buat pertama kali di acara Funny Games Showcase pada akhir tahun lepas, ia terus menarik minat kami kerena ia mempunyai bentuk permainan koperasi seakan Overcooked.

Hari ini, Team 17 iaitu penerbit untuk Overcooked mengumumkan yang mereka bekerjasama dengan pembangun Moving Out, SMG Studio untuk menerbitkan permainan tersebut.

Jika Overcooked adalah mengenai kedai makan dan memasak, Moving Out pula memerlukan pemain untuk bekerjasama memindah barangan daripada satu rumah ke satu tempat yang lain.

Moving Out masih di dalam pembangunan dan mereka menjangkakan ia akan tiba sekitar tahun 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Leave a Reply