Sebelum ini kami berkongsi yang mana permainan Dusk Diver akan dilancarkan di Playstation 4 dan Switch di mana ianya adalah permainan oleh JFi Games dam PQube dan memfokuskan lokasi bandaraya Ximending, iaitu lokasi terkenal di negara Taiwan.
Terkini, PQube akhirnya berkongsi tarikh pelancarannya di mana ianya akan dilancarkan pada 29 Oktober 2019 ini buat pasaran Amerika Syarikat, sekaligus bagi versi global ianya akan dilancarkan sekitar tarikh yang sama.
Seperti yang dilaporkan oleh kami, Dusk Diver meletakan pemain untuk bermain sebagai seorang gadis sekolah menengah bernama Yang Yumo di mana beliau akan bertempur dengan pelbagai raksasa di lokasi bandaraya Ximending.
Dusk Diver sebelum ini telah pun dilancarkan di Steam secara permainan akses awal dan menjelang Oktober ini, ianya akan dilancarkan secara rasmi di Steam bersama-sama di konsol.