Informasi Permainan Video Terkini
Permua Sword Art Online: Alicization Rising Steel Diumumkan Buat iOS Dan Android

Permua Sword Art Online: Alicization Rising Steel Diumumkan Buat iOS Dan Android

Diterbitkan pada Ogos 29, 2019 oleh .

Tampaknya selain daripada permainan Sword Art Online: Alicization Lycoris di konsol, Bandai Namco juga akan membawa permua khas berdasarkan siri anime yang sama iaitu Sword Art Online: Alicization Rising Steel buat peranti Android dan iOS.

Menurut Bandai Namco, permua ini akan memfokuskan bentuk dan elemen RPG di dalam permainan mudah-alih yang mana ianya akan menyertakan sebilangan watak daripada siri anime tersebut. Selain itu, ianya juga mempunyai penceritaannya tersendiri dengan perspektif baharu yang mana pasti akan menerangkan pengembaraan Kirito dengan lebih mendalam.

Bagi anda yang berminat, permua ini boleh di pra-daftar dengan “Like” laman rasmi Facebook permainan tersebut di mana menurut Bandai Namco, jumlah “Like” tersebut akan menyertakan sebilangan ganjaran buat pemain mengikut peringkat. Antara ganjaran yang tersedia adalah watak Alice yang pemain boleh dapatkan secara percuma.

Pastikan anda ke laman rasmi Facebook Sword Art Online: Alicization Rising Steel di bawah.

Layari: Facebook Sword Art Online: Alicization Rising Steel


TIPS & ULASAN