Semestinya ramai peminat Hideo Kojima tidak sabar untuk bermain permainan Death Stranding yang bakal hadir menjelang November ini di Playstation 4.

Sejak pengumuman permainan tersebut pada 2016 lepas, Hideo Kojima sememangnya sering berkongsi sebilangan muzik-muzik menarik melalui video acah beliau di mana kini, Kojima Productions dan Sony Interactive Entertainment mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan satu album muzik khas yang menyertakan koleksi muzik yang diinspirasikan berdasarkan dunia permainan Death Stranding tersebut.

Buat masa ini, senarai muzik dan artis masih belum dikongsikan, namun apa yang pasti ianya terdiri daripada pelbagai artis, penerbit dan ahli muzik yang disyorkan oleh Hideo Kojima sendiri.

Melalui Death Stranding: Timefall, ianya menyertakan koleksi muzik asli khas dan ianya bukanlah muzik latar buat permainan Death Stranding, namun muzik tersendiri. Ianya akan dilancarkan secara bersama dengan permainan tersebut iaitu pada 8 November 2019 ini.

Menurut Sony, album tersebut boleh didapati melalui pembeli edisi terhad permainan tersebut seperti edisi Collector’s Edition, Special Edition ataupun Digital Deluxe Edition di mana ianya akan menyertakan kod muat-turun melalui e-mel dari Sony. Sony juga menyatakan kelak, mereka akan melancarkan muzik tersebut secara berasingan melalui album fizikal ataupun melalui akses penstriman muzik pada masa akan datang.

Untuk senarai harga dan edisi permainan Death Stranding di pasaran Malaysia, anda boleh ke pautan di bawah.

Sohor Kini