Dengan pelancaran permainan seram The Dark Pictures: Man Of Medan minggu ini oleh Bandai Namco, permainan seterusnya buat siri permainan seram The Dark Pictures Anthology tampaknya tertiris di mana ianya adalah berdasarkan siri yang sama namun memfokuskan watak dan lokasi baharu.

Dengan nama The Dark Pictures: Little Hope, video acah buat permainan tersebut asalnya adalah video rahsia khas yang disertakan buat pengakhiran permainan Man Of Medan.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan ianya kelihatan akan memfokuskan lokasi perkampungan dengan elemen seram yang sangat menakutkan. Dari segi pelakon yang membintangi, tampaknya Will Poulter bakal membintangi sebagai salah seorang watak yang pemain boleh mainkan.

Buat masa ini, ianya diacahkan bakal tiba sekitar tahun hadapan dan dari segi platform, kami percaya ianya bakal tiba di platform yang sama dengan permainan sebelum ini iaitu di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Bagi anda yang ingin menonton video acah tersebut, anda boleh menontonnya di bawah.

Sohor Kini