Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Activision akan melancarkan kandungan daripada siri permainan Spyro buat permainan perlumbaan Crash Team Racing.
Terkini, Activision akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat kandungan tersebut yang mana ianya bakal tiba melalui mod Grand Prix dengan nama Spyro & Friends Grand Prix bermula 30 Ogos.
Seperti biasa, kandungan ini akan menyertakan pelbagai kostum dan litar baharu buat pemain bersama-sama dengan pelbagai ganjaran yang pemain boleh dapatkan berdasarkan watak-watak daripada siri Spyro.

Antara litar yang tersedia adalah Spyro Circuit dan keupayaan untuk mendapatkan watak Spyro, iaitu watak naga dari siri Spyro The Dragon. Menariknya sekali, beliau juga bakal tiba bersama kart beliau tersendiri.
Selain itu, kandungan ini juga akan menyediakan pelbagai cabaran yang pemain boleh lakukan untuk memudahkan lagi pemain menyah-kunci pelbagai ganjaran yang tersedia melalui mod Grand Prix tersebut.
Crash Team Racing Nitro-Fueled telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch pada Jun lepas di mana kami sebelum ini juga telah pun membuat ulasan penuh buat permainan tersebut, di mana anda boleh membacanya di pautan di bawah.