Yacht Club Games hari ini mengumumkan sebilangan pengumuman baharu buat siri permainan Shovel Knight, di mana salah satunya adalah permainan baharu berdasarkan siri tersebut.
Antara pengumuman yang diumumkan adalah Shovel Knight: King Of Cards iaitu pernambahan percuma buat Shovel Knight: Treasure Trove dan juga Shovel Knight: Showdown iaitu permainan Shovel Knight yang memfokuskan bentuk perlawanan.
Selain itu, Yacht Club Games juga mengumumkan permainan baharu, Shovel Knight Dig yang mana informasi lanjut berkenaan akan kami kongsikan di bawah.
Kandungan pertama yang diumumkan adalah Shovel Knight: King Of Cards di mana ianya akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Playstation 3, Playstation Vita, Xbox One, Wii U, Switch, 3DS dan PC buat kesemua pemilik permainan Shovel Knight: Treasure Trove secara percuma. Namun, ianya juga boleh dibeli secara berasingan.
Seperti yang kami kongsikan di atas, Shovel Knight: King Of Cards merupakan kemaskini percuma buat Shovel Knight: Treasure Trove dan ianya adalah pernambahan ke-4 buat permainan tersebut yang memfokuskan penceritaan sebelum keseluruhan siri tersebut dengan memfokuskan watak King Knight.
Buat masa ini tarikh pelancarannya hanya disahkan bakal tiba menjelang Disember ini.
Pengumuman yang diumumkan seterusnya adalah Shovel Knight: Showdown yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, di mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran secara multi-pemain setempat sehingga 4 pemain serentak.
Seperti pernambahan di atas, Shovel Knight: Showdown akan dilancarkan secara percuma buat semua pemilik Shovel Knight: Treasure Trove di semua platform permainan tersebut kecuali Playstation Vita dan Nintendo 3DS. Seperti pernambahan King Of Cards, Shovel Knight: Showdown juga boleh dibeli secara berasingan.
Menurut pembangun, kemaskini ini juga akan dilancarkan menjelang Disember ini.

Selain itu, Yacht Club Games juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan versi fizikal baharu buat permainan tersebut di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch. Menurut pembangan, edisi fizikal tersebut akan menyertakan kesemua kandungan-kandungan permainan Shovel Knight: Treasure Trove sebelum ini, iaitu:
- Shovel Knight: Shovel Of Hope
- Shovel Knight: Plague Of Shadows
- Shovel Knight: Specter Of Torment
- Shovel Knight: King Of Cards
- Shovel Knight: Showdown
Tambahan itu, mereka juga mengumumkan sebilangan kemaskini baharu buat permainan tersebut yang mana anda boleh membaca keseluruhannya melalui kenyataan rasmi pembangun.
Yacht Club Games juga mengesahkan bahawa edisi fizikal permainan ini akan dilancarkan menjelang Disember ini, termasuklah Amiibo 3 Pack watak Shovel Knight bersama kemaskini Showdown dan King Of Cards.
Akhir sekali buat pengumuman Yacht Club Games, mereka juga mengumumkan permainan baharu buat siri Shovel Knight iaitu Shovel Knight Dig.
Buat masa ini, platform pelancarannya masih belum diumumkan, dan ianya juga mungkin permua yang diumumkan oleh mereka sebelum ini. Meskipun begitu kami akan mengemaskini setelah ianya disahkan secara rasmi.
Shovel Knight Dig merupakan permainan baharu yang dibangunkan khas dengan kerjasama bersama pembangun Nitrome. Berdasarkan video acah di atas, bentuk permainan ini juga adalah berbeza dengan siri Shovel Knight sebelum ini yang mana kali ini ianya lebih memfokuskan bentuk menggali tanah, seakan Spelunky ataupun Mr. Driller.
Meskipun begitu, ianya juga kelihatan sangat menarik dan boleh dikatakan satu konsep baharu buat siri Shovel Knight yang pasti akan menarik minat lebih ramai pemain.