Skip to main content

Sega hari ini mengumumkan secara rasmi permainan seterusnya buat siri permainan Yakuza iaitu Yakuza 7: The Whereabouts of Light and Darkness jika mengikut terjemahan.

Mereka juga mengumumkan yang Yazuka 7 akan menukar bentuk perlawanan dengan menggunakan sistem mengikut turutan, berbanding pertempuran terus sebelum ini.

Bentuk perlawanan ini dikatakan masih lagi satu percubaan dan jika pemain tidak menyukainya, ia akan ditukar untuk siri Yakuza yang seterusnya.

Yakuza 7 akan memfokuskan kepada watak baharu iaitu Kasuga Ichiban selepas penceritaan mengenai Kazuma Kiryu berakhir di Yakuza 6. Di Jepun, permainan ini akan dikeluarkan pada 16 Januari 2020 untuk PlayStation 4, manakala secara global sekitar tahun yang sama.

Leave a Reply