Skip to main content

Acara permainan video Tokyo Game Show bakal berlangsung pada pertengahan bulan September kelak, dan Square-Enix, salah satu syarikat pembangun permainan video terkemuka di dunia telah melancarkan laman web Tokyo Game Show mereka sendiri dimana mereka mengumumkan siri permainan yang akan diperlihatkan di acara tersebut.

Square-Enix nampaknya akan memperlihatkan jumlah permainan yang cukup banyak sekali, termasuklah Final Fantasy VII Remake, kemaskini kepada permainan MMORPG Final Fantasy XIV Shadowbringers, Marvel’s Avengers, Tropico 6 dan juga Octopath Traveler untuk platform permua.

Disamping itu, Square-Enix juga nampaknya akan hadir dengan beberapa tajuk permainan yang diberikan nafas baru, diantaranya ialah Romancing SaGa 3, Star Ocean The First Departure, dan Dragon Quest X.

Senarai penuh permainan yang akan diperlihatkan oleh Square-Enix di Tokyo Game Show adalah seperti berikut:

  • Dragon Quest X
  • Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age
  • Final Fantasy VII Remake
  • Final Fantasy XIV Online
  • Final Fantasy: Brave Exvius
  • Final Fantasy: Crystal Chronicles Remastered Edition
  • Imperial SaGa: Eclipse
  • Marvel’s Avengers
  • Octopath Traveler: Champions of the Continent
  • Romancing SaGa 3
  • Romancing SaGa Re: Universe
  • Star Ocean: First Departure R
  • Trials of Mana
  • Tropico 6
  • War of the Visions: Final Fantasy Brave Exvius

Leave a Reply