Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan September 2019 ini untuk pelanggan Malaysia.

Kali ini, Sony membawa 2 permainan untuk pelanggan Playstation Plus dimana ianya boleh dimuat-turun bermula 4 September 2019 sehingga 1 Oktober 2019 ini. Permainan yang disertakan adalah:

  • Batman: Arkham Knight (PS4)
  • Darksiders III (PS4)

Selain itu, seperti biasa ia juga akan menyertakan tema kalendar Toro untuk bulan September dan Oktober.

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma PlayStation Plus bagi bulan Ogos anda boleh memuat-turunnya sehingga 3 September ini.

Muat Turun – Batman: Arkham Knight

Muat Turun – Darksiders III

Sohor Kini