Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Menyaman Permainan Mudah Alih Glorius Saga Kerana Meniru Rekaan Watak World of Warcraft

Blizzard Menyaman Permainan Mudah Alih Glorius Saga Kerana Meniru Rekaan Watak World of Warcraft

Diterbitkan pada Ogos 29, 2019 oleh .

Blizzard Entertainment dilaporkan telah memfailkan saman pada 16 Ogos lepas ke atas Sina Games untuk permainan mereka Glorius Saga yang dikatakan meniru rekaan watak World of Warcraft.

Glorius Saga ataupun dikenali sebagai Glorius World secara global merupakan permainan strategi masa nyata, berdasarkan apa yang diperlihatkan watak-watak di dalam permainan ini sangat menyerupai watak-watak daripada World of Warcraft dan boleh katakan Blizzard mempunyai kes yang baik di dalam perkara ini.

Melalui saman ini, mereka ingin peniruan ini dihentikan dan meminta bayaran sebanyak $150 ribu (~RM633 ribu) termasuk juga kos guaman dan kos-kos lain yang hadir.

Selain itu, Blizzard juga menyatakan yang syarikat Sina Games telah meniru daripada pelbagai IP lain seperti Yu-Gi-Oh! dan Naruto. Meniru bentuk permainan mungkin agak sukar untuk disaman, tetapi meniru watak agak jelas dan mungkin kita akan melihat Glorius Saga akan dihentikan pengedarannya.


TIPS & ULASAN