Saber Interactive dan Focus Home Interactive hari ini melancarkan kemaskini Proving Ground untuk permainanan koperasi zombi mereka iaitu World War Z.
Kemaskini tersebut menyertakan mod cabarang mingguan di mana ia menyertakan cabaran yang akan mengubah bentuk permainan. Contohnya, semua senjata ditukar ke busur silang ataupun pemain akan menerima damage apabila berada dekat dengan pemain lain.
Menyelesaikan cabaran mingguan tersebut akan memberikan pemain mata wang digital baharu untuk permainan tersebut yang boleh dibelanjakan bagi mendapat pelbagai barangan kosmetik.
Kemaskini ini juga menanda berakhirnya penambahan kandungan untuk musim pertama, musim kedua akan bermula tidak lama lagi yang akan menyertakan peta PvE, mod Survival dan juga pelbagai kostum.
World War Z sudah dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC (Melalui Epic Games Store) pada 17 April 2019.