Skip to main content

Kemaskini: Pokémon Masters kini turut boleh dimuat turun oleh pengguna iOS.

Pokémon Masters merupakan permainan mudah alih oleh DeNa berdasarkan dunia dan watak Pokémon.

Ia memfokuskan bentuk pertarungan secara 3 lawan 3 dan pemain berupaya untuk mengumpul pelatih Pokémon daripada permainan siri Pokémon siri sebelum ini. Menariknya, pemain juga berupaya untuk mendirikan pasukan pelatih Pokémon sendiri.

Bulan lepas, pra-daftar untuk aplikasi tersebut telah dibuka, dan seperti diumumkan sebelum ini, bermula hari ini ia kini boleh dimuat turun. Namun, semasa penulisan ini, hanya pengguna Android sahaja yang boleh, App Store masih lagi menyenaraikan sebagai pra-tempah.

Kemungkinan besar ia akan hadir sekitar hari ini ataupun paling lewat pada hari esok. Bagi pengguna Android, jom kita cuba terlebih dahulu, tetapi berdasarkan beberapa ulasan, ia mungkin mempunyai sedikit masalah untuk dilancarkan.

[download]Play Store: Pokémon Master[/download] [download]App Store: Pokémon Master[/download]

Leave a Reply