Seperti kita sedia maklum, filem terbaru berdasarkan watak penjahat terkenal di dalam dunia Batman iaitu Joker, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penceritaan dunia tersebut, tetapi ia menjadikan dunia nyata sebagai asas.

Filem ini juga akan diklasifikasikan sebagai filem yang tidak sesuai untuk kanak-kanak, bahkan ia mungkin mendapat klasifikasi tertinggi iaitu 18. Warner Bros hari ini berkongsi video acah terakhir untuk filem tersebut dan ia memperlihatkan perkembangan watak Arthur Fleck ataupun Joker.

Video acah tersebut sekali lagi memperlihatkan bagaimana beliau gagal di dalam usaha beliau untuk menjadi seorang pelawak, bahkan beliau juga menjadi bahan gelak tawa di televisyen sebagai pelawak yang gagal.

Beliau juga mempunyai masalah mental, apabila bercakap dengan pengawal kesihatan, Arthur mengatakan di dalam mindanya hanya mempunyai pemikiran negatif.

Ia menjadi makin menarik apabila mula memperlihatkan politik di mana rakyat dilihat-kan tidak berpuas hati dengan kerajaan. Tidak pasti apa yang membuatkan ia terjadi, ataupun bagaimana ia bermula, persona Arthur Fleck sebagai Joker tampaknya dijadikan sebagai satu simbol revolusi penentangan.

Di dalam video acah tersebut, diperlihatkan satu rusuhan yang memakai topeng Joker, mengingatkan saya kepada V for Vendetta. Mungkinkah penceritaan ini adalah mengenai berlakunya satu revolusi, yang di-inspirasi oleh tawa seorang Joker?

Sohor Kini