Frozenbyte iaitu pembangun yang terkenal dengan siri permainan Trine hari ini melancarkan satu permainan baharu iaitu Boreal Blade di mana ianya telah pun dilancarkan di Switch bersama demo khas.
Menurut pembangun, permainan ini memfokuskan bentuk berpasukan dan pertempuran secara jarak dekat yang mana pemain diberi kebebasan dari segi bentuk serangan dan berupaya untuk menghasilkan gaya pertempuran tersendiri.
Bagi anda yang berminat, ianya boleh dibeli secara digital di Nintendo eShop dengan harga $19.99(~RM85). Manakala bagi versi PC, ianya akan dilancarkan sekitar tahun ini di Steam. Menariknya, bagi anda yang berminat untuk mendapat akses Beta, anda boleh berbuat demikian di saluran rasmi Discord permainan tersebut.
Pada pendapat kami sendiri, permainan ini mengingatkan kami dengan permaian For Honor oleh Ubisoft yang mana juga mempunyai bentuk yang seakan serupa dengan pertempuran jarak dekat. Semestinya bagi anda yang berminat, anda boleh mencubanya sekarang di Switch.