Dengan pelancaran The Surge 2 yang semakin hampir bulan hadapan, Deck13 Interactive hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sesi percubaan khas buat permainan pertama The Surge secara percuma melalui Steam.
Melaluinya, anda berupaya untuk bermain permainan secara percuma bermula hari ini sehingga lewat malam esok (29 Ogos 2019 jam 11:59 malam) melalui Steam secara menyeluruh.
Menariknya sekali, bagi anda yang ingin terus bermain permainan tersebut, Deck13 Interactive juga menawarkan diskaun sehingga 75% yang mana ianya boleh di beli dengan harga hanya RM17.25 sehingga 31 Ogos ini di mana anda boleh meneruskan bermain dengan segala kemajuan ketika sesi percubaan tersebut.
The Surge merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Deck13 Interactive dan dilancarkan oleh Focus Home Interactive di konsol dan juga di PC.
[download] Muat-Turun: The Surge [/download]