Informasi Permainan Video Terkini
Disney Classic Games: Aladdin And The Lion King Diumumkan Bakal Kembali Sebagai Permainan Pernambah-Baikkan

Disney Classic Games: Aladdin And The Lion King Diumumkan Bakal Kembali Sebagai Permainan Pernambah-Baikkan

Diterbitkan pada Ogos 28, 2019 oleh .

Kemaskini: Tarikh pelancaran diumumkan iaitu 29 Oktober 2019.

Bagi anda yang pernah bermain permainan klasik Disney berdasarkan filem animasi Aladdin dan The Lion King di konsol retro lebih dari 20 tahun lepas, Disney Games dan Nighthawk Interactive hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali kedua-dua permainan tersebut sebagai permainan pernambah-baikkan.

Dengan nama Disney Classic Games: Aladdin And The Lion King, permainan ini akan dilancarkan sekitar tahun ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Menurut Nighthawk Interactive, versi pernambah-baikkan permainan ini akan menyertakan tiga versi berlainan buat permainan Aladdin dan The Lion KIng yang dilancarkan di konsol retro beberapa tahun lepas.

Selain itu, ianya juga menerima sebilangan pernaik-tarafan dari segi visual grafik dan sokongan resolusi sehingga 1080p. Menariknya sekali, ianya juga menyertakan sokongan ulang semula dan pemilihan peringkat permainan secara terbuka. Manakala bagi anda yang ingin mendengar semula muzik latar permainan tersebut, Nighthawk Interactive juga menyediakan fungsi bermain muzik latar secara bersama melalui permainan ini.

Sememangnya dengan pelancaran semula kedua-dua permainan ini sebagai permainan Disney Classic Games, kami percaya pada masa akan datang, Disney mungkin akan membawa lebih banyak permainan klasik mereka ke konsol terkini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, kami di Aksiz pasti akan mengemaskini tarikh pelancarannya setelah ianya diumumkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN