Skip to main content

Kemaskini: Marvel’s Spider-Man: Game of the Year Edition kini disenaraikan di PlayStation Store Malaysia dengan harga RM169 di mana ia menggantikan edisi biasa yang tidak lagi dijual.

[info]PS Store: Marvel’s Spider-man: Game of the Year Edition[/info]

Sony Interactive Entertainment dan Insomniac Studios hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan semula permainan Marvel’s Spider-Man dengan edisi Game Of The Year yang mana ianya akan menyertakan kesemua DLC yang dilancarkan sebelum ini secara bersuma.

Menurut Sony, pelancaran ini adalah bersempena dengan ulang tahun pertama permainan tersebut yang dilancarkan September tahun lepas dan kami juga sebelum ini telah melaporkan bahawa permainan telah pun terjual melebihi 13.2 juta salinan.

Marvel’s Spider-Man: Game Of The Year Edition, akan menyertakan DLC “The City That Never Sleeps” yang mana ianya menyertakan 3 bahagian penceritaan tambahan dan pelbagai kostum-kostum tambahan buat Spider-Man.

Buat masa ini, harga rasmi buat pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Namun, dari segi harga pasaran luar negara, ianya bermula $39.99(~RM169) yang mana ianya harga jualan yang sama bagi edisi biasa buat masa ini di PSN Store Malaysia.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini harga rasmi buat pasaran Malaysia, setelah Sony mengumumkannya kelak.

Leave a Reply