Informasi Permainan Video Terkini
Permua Naruto X Boruto Ninja Tribes Diumumkan Bakal Tiba Di iOS Dan Android
PC

Permua Naruto X Boruto Ninja Tribes Diumumkan Bakal Tiba Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Ogos 28, 2019 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan satu lagi permua baharu berdasarkan siri anime Naruto dan Boruto di mana ianya akan dilancarkan di peranti iOS dan Android. Menariknya, menurut Bandai Namco, permua tersebut juga boleh dimainkan di PC melalui pelayar web.

Permua Naruto X Boruto Ninja Tribes kali ini akan memfokuskan bentuk pertempuran berpasukan yang mana pemain berupaya untuk menyerang secara individu ataupun secara berkumpulan. Bandai Namco juga menyatakan bahawa permua ini juga akan mempunyai bentuk permainan yang ringkas dengan hanya satu tekan sahaja.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan, namun ianya bakal dilancarkan sekitar suku ke-empat tahun ini. Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang tarikh pelancaran setelah ianya diumumkan.


TIPS & ULASAN