Bagi anda yang masih lagi bermain dengan permainan Overcooked! 2 yang dilancarkan tahun lepas, anda mungkin berminat untuk mendapatkan DLC seterusnya yang diumumkan oleh Team17 hari ini iaitu Carnival Of Chaos.

Menurut Team17, DLC tersebut akan dilancarkan pada 12 September 2019 untuk semua platform permainan yang mana ianya menyertakan sebilangan peringkat dan resipi baharu. Seperti biasa, DLC ini adalah DLC berbayar dan ianya boleh dibeli dengan harga sekitar RM24 mengikut platform.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, ianya menyertakan beberapa bentuk permainan baharu seperti keupayaan untuk menembak terbang dari meriam seperti di karnival. Dari segi resipi pula, ianya kelihatan akan menyertakan Hot Dog dan minuman bergas.

Overcooked! 2 merupakan permainan parti masakan yang dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada tahun lepas dan kami pun telah membuat ulasan penuh permainan tersebut sebelum ini di bawah.

Sohor Kini