PlayStation hari ini mengumumkan yang Michelin iaitu antara syarikat pengeluar tayar terbesar di dunia adalah ‘rakan teknologi tayar rasmi’ untuk siri permainan Gran Turismo melalui perjanjian jangka masa panjang.

Michelin juga akan menjadi ‘penyedia tayar rasmi’ untuk kejohanan Gran Turismo Championship. Melalui kerjasama ini, kandungan berdasarkan Michelin akan disertakan melalui kemaskini yang akan tiba sekitar bulan Oktober antaranya adalah;

  • Bahagian baharu untuk Michelin di dalam “Brand Central” bagi muzium maya yang terdapat di dalam Gran Turismo Sport. Ia akan memperlihatkan mengenai sejarah bagi syarikat tersebut.
  • Teknologi tayar oleh Michelin akan disediakan di bahagian “Tuning” untuk dipilih oleh pemain.
  • Jenama Michelin akan dipaparkan di dalam permainan untuk pelbagai kejohanan dan juga litar.

Selain itu, melalui kerjasama ini juga Michelin akan berkongsi kemahiran mereka mengenai tayar untuk memberi pengalaman yang lebih baik dan juga realistik.

Sohor Kini