Ubisoft minggu ini menawarkan episod pertama untuk DLC The Fate of Atlantis buat Assassin’s Creed Odyssey secara percuma sehingga 1 September 2019 (anda masih memerlukan permainan asal).

Jika anda ingin kesemua DLC yang ditawarkan, pas semusim untuk permainan tersebut juga ditawarkan dengan potongan harga 50% iaitu dengan harga RM69.50.

Manakala untuk anda yang masih tidak memiliki permainan tersebut ia juga ditawarkan dengan potongan harga sama iaitu Standard Edition untuk RM104.50, Deluxe Edition untuk RM129.50, Gold Edition untuk RM139.60 dan Ultimate Edition untuk RM159.60.

Kesemua harga tersebut adalah untuk di Steam, kerana buat masa ini ia tidak ditawarkan di platform lain.

Steam: Assassin’s Creed Odyssey

Sohor Kini